Aku [201019]
Setiap cerita romantis padanya hero kedua. Yang selalu disokong oleh para penonton. Khususnya wanita. Kerana sifatnya mendukung heroin utama dan juga mencintai wanita itu dengan setulus hati.
Aku juga begitu. Bagi aku, selaluku runsing dengan watak yang dibawa oleh sang heroin yang sangat melukai diri. Mengapa dia perlu menyukai seseorang yang tidak pasti mencintai seperti dia mencintainya?
Tetapi, aku mula mengerti. Akan keadaan yang hadir apabila kamu berada di situasi itu. Dalam keadaan dimana kamu tersepit antara dua.
Dalam keadaan dimana kamu jatuh cinta.
Comments
Post a Comment